RocketStock, tempat untuk belajar After Effects dan template percuma

Selain dari Videohive.net, ada lagi satu laman web yang memberi panduan dan tips berkaitan dengan After Effects, iaitu RocketStock. Laman web yang saya pun baru perasan akan kewujudannya. Dan lebih baik lagi, memberikan banyak panduan dan tips untuk pengguna dan penuntut ilmu After Effects. Amat sesuai untuk kita yang masih newbie lagi dengan After Effects ni. :D Saya terjumpa laman web RocketStock ini secara tak sengaja apabila saya mencari maklumat berkaitan marker dalam After Effects.

Saya taip "what is marker in After Effects" di Google, dan ia membawa saya kepada satu entri blog di RocketStock yang mengajarkan apa itu marker, fungsinya dan cara membuat marker.

Apa yang saya faham, marker berfungsi sebagai satu penanda, untuk kita letakkan komen, atau apa-apa nota berkaitan dengan tempat yang kita letak marker itu. Contohnya macam nak ingatkan kita "pada frame 1500 ada isyarat audio yang boom".

Saya boleh katakan, ada banyak entri blog berkaitan After Effects yang sangat sesuai untuk kita yang masih baru nak ceburkan diri dalam dunia After Effects di RocketStock. Selongkarlah dari entri-entrinya yang dah lama, entri yang mula-mula sekali sekitar tahun 2014.

Tags: Video

  • Created on .
  • Hits: 4922