Baca Buku, Edit Video, Jalan-jalan.

Random

Hari #1 ; 21 hari cabaran untuk kurus

Ahad yang lepas adalah hari pertama kami memulakan cabaran mengikuti saranan diet dalam buku 21 hari cabaran untuk kurus. Inilah jurnal kami dalam merekodkan makanan yang kami ambil serta saiz hidangan. Kami tidaklah ikut 100% menu yang dicadangkan, kami adjust (ubah) sikit-sikit menu, berdasarkan barang masakan yang ada di dapur kami.

Sarapan pagi

Lempeng oat berintikan telur goreng hancur dan sayur kobis.

Kurang garam, kurang minyak, nak kurangkan kalori, kami tak letak sos atau mayonis. Eh, boleh tahanlah juga rasanya, takdelah rasa tawar sangat.

Minum pagi

Pukul 10 pagi, rasa macam nak mengunyah, yelah, hari pertama cabaran makan menu-menu sihat ni. Haha. Jadi saya makan lagi 1 lempeng oat yang tadi tu.

Makan tengah hari

Nasi, lauk ayam panggang dengan sayur rebus.

Minum petang

Makan buah lai

Makan malam

Nasi, lauk ayam masak stim dengan sayur lobak.

Supper

Yogurt rendah lemak dengan pisang separuh.

Kenapa nak kurus?

Memang susah nak tukar menu dari yang kebiasaan sebelum ini, kepada menu yang lebih sihat dan rendah kalori. Jadi, apabila mengenangkan cabarannya yang susah, cepat-cepatlah kita kenangkan kembali kenapa kita nak kurus? Satunya ialah, nak badan yang lebih sihat dan cergas.

Semakin meningkat usia, semakin kita sedar yang kesihatan itu adalah anugerah yang sangat-sangat berharga. Penyakit-penyakit seperti diabetes, kencing manis, darah tinggi, adalah berpunca dari sikap kita sendiri yang makan tanpa kawalan, ditambah pula dengan gaya hidup kurang aktif.

Pada hari pertama kami mencuba menu diet ini, banyak pengajaran yang kami pelajari. Antaranya :

  1. Jika nak kurus, atau makan menu sihat, dapatkan sokongan dari orang sekeliling. Sokongan dari pasangan bagi yang dah berkahwin, kalau bujang, dapatkan sokongan dari keluarga, adik-beradik, atau kawan serumah. Kita yang menjadi orang sekeliling, berilah sokongan dengan cara tidak makan berlebihan depan mereka yang tengah berdiet.

Memang sungguh mencabar apabila kita nak berdiet, tapi orang sekeliling kita makan macam biasa. Menggugat keazaman kita yang nak kurus nih. Haha..

Kalau kita dah biasa berpuasa sunat, insyaAllah, dugaan orang sekeliling makan macam biasa, dapat kita hadapi dengan penuh tenang, tak tergugat nafsu makan kita.

  1. Berdiet, tidak semestinya meninggalkan makan nasi sepenuhnya. Kalau kita dah biasa makan nasi 2 pinggan untuk makan tengah hari, buat permulaan di hari pertama berdiet, makanlah 1 pinggan setengah. Kalau dapat bertahan makan 1 pinggan nasi di hari pertama berdiet, itu lebih baik.

Perubahan yang drastik dan mendadak, boleh menyeksa badan. Jadi, berubahlah sedikit demi sedikit. Mula-mula dari 2 pinggan nasi, kepada 1 pinggan nasi, dari 1 pinggan nasi kepada segenggam nasi. Sehinggalah kita mencapai sasaran kita, iaitu nak kurus.

Makan nasi juga bukanlah penyebab utama kita gemuk. Tetapi makan nasi yang berlebihan menyebabkan kita makin bertambah berat dan saiz badan.

  1. Dengan adanya ilmu yang betul, kita akan boleh mendapat badan yang sihat dan kurus tanpa perlu menyeksa selera badan dengan tidak makan nasi. Kita masih boleh makan nasi, tapi hanya segenggam sehari. Kalau tak dapat segenggam sehari, 2 genggam sehari, 1 genggam makan tengahari, 1 genggam makan malam.
  2. 70% dari usaha, masa, tenaga, wang ringgit, dan sebagainya tertumpu pada aspek diet / pemakanan. Lagi 30% adalah senaman.

Masih jauh lagi untuk mendapat tubuh badan yang sihat dan kurus, ini baru hari pertama. Kami berasa yakin, kali ini pasti berjaya, kerana kami ada panduan yang jelas bagaimana untuk kawal makan yang sihat dan masih lagi menyelerakan.

Dapatkan buku-buku ini, jika tuan puan juga mahukan badan yang sihat, kurus dan cergas.