Video Kenangan Aidilfitri, edit templat After Effects

edit_templat_after_effects_memories_slideshows.jpg

Apabila ada sedikit masa terluang, dan mood nak edit templat pun datang, maka saya pun teruslah edit sedikit dahulu templat percuma yang saya dah muat turun bulan Jun yang lalu. Dah lama simpan, baru ni datang mood nak edit templat ni.

Templat ini sesuai untuk tayangan jenis slideshow gambar, dan boleh juga selit 2, 3 video berdurasi kurang 7 saat (saya agak). Templat ini saya download dari videohive.net. Pada setiap bulan, videohive.net akan menawarkan beberapa file projek percuma untuk kita cuba. Tak selalu dapat templat yang kita hendak, tapi kira okaylah, kalau nak beli, mahal.

Daftar saja di videohive.net, daftar percuma, setiap bulan jenguk-jenguklah website videohive.net, mana tahu ada tawaran templat after effects yang cantik, yang berkenan di hati.

Kalau ada modal, boleh saja beli templat after effects dari videohive.net, nak beli templat photoshop atau muzik latar yang mantap, boleh juga ke laman web yang dipautkan dari videohive.net.

Setengah jam punya kerja, saja dicepatkan kepada kurang 2 minit, sekadar berkongsi cerita tentang hobi edit-edit templat ini. Nak bina templat after effects sendiri, ilmu masih cetek, jadi kita main edit-edit templat dahulu. :D

Tags: Video

  • Created on .
  • Hits: 2430