Render banyak video sekaligus guna Media Encoder.

Encoding_sequence_in_Media_Encoder_CS6.png

Saya banyak mencuba sendiri langkah-langkah penghasilan video menggunakan Adobe Premiere Pro. Selalunya, setelah siap semua fail-fail video disusun atur turutannya, langkah seterusnya dalam menghasilkan produk akhir ialah eksport media, dan saya selalu gunakan opsyen export terus dalam Premiere Pro setelah export setting dipilih.

Saya baru tahu yang kita boleh juga gunakan opsyen Queue dalam Premiere Pro tersebut. Fail-fail media kita yang kita dah susun itu, akan dikodkan oleh Adobe Media Encoder. Dalam screenshot ini saya tunjukkan 2 buah video yang sedang dikodkan satu persatu.

Kalau saya tak silap, dengan menggunakan Media Encoder ini, kita boleh sama ada tutup Premiere Pro, atau kita masih boleh buat kerja-kerja suntingan yang lain pada Premiere Pro itu. Apapun, yang pastinya, dengan kebolehan mengkodkan fail-fail media yang telah kita aturkan (queue), ia banyak memudahkan kerja kita.

Jika tercari-cari media seperti bunyi efek, musik latar dan sebagainya untuk kegunaan projek kreatif anda, anda bolehlah layari di audiojungle. Ada banyak fail-fail bunyi yang boleh digunakan untuk projek kreatif anda.

Tags: Video

  • Created on .
  • Hits: 876