Kuasa media sosial yang berpengaruh

“Geli lah nak tulis macam tu puan.” Seorang peserta memberikan maklumbalas kepada Pn. Mastura, penceramah dalam kursus Pengurusan Media Sosial. “Bukan awak yang nak baca, awak cuma tulis jer, yang akan baca ialah orang-orang kat luar sana, bakal pelanggan awak.” Mudah sahaja jawapan Pn. Mastura. Apabila saya renungkan, ada betulnya juga. Kita sebagai penulis, rasa ‘geli’, rasa tak best nak tulis ala-ala mesra bagai dah berkawan lama.

Namun, begitulah agaknya lumrah bersosial. Pn. Mastura menegaskan lagi, “kitakan sedang bersosial, bagaimana kita bercakap semasa bersosial? Tentulah tidak formal macam askar bercakap dengan orang atasannya.” “Betul tak?”

Dalam hati saya, terdetik, “ya, betul sangat.”

Tapi kalau saya nak menjual, takkan nak kena tulis ayat-ayat macam nak ke arah budak wechat? Mungkin kena ambil pendekatan tengah-tengah, formal sangat pun tidak, sosial sangat pun tidak. Barulah orang lama tak rasa meluat nak baca, dan budak-budak muda rasa tertarik nak baca.

Melihatkan kepada data-data berkaitan dengan penggunaan internet di Malaysia, ternyata, trend kuasa media sosial sangat berpengaruh. Usahawan patut mengambil peluang ini untuk jana pendapatan.

Ikutkan kepada data yang dilaporkan, ada 20 juta pengguna internet di Malaysia. Data daripada jabatan statistik pula menunjukkan, pada tahun 2015 sebanyak 97.5% pengguna internet menggunakan telefon bimbit. 84.3% pengguna internet di Malaysia bersosial di jaringan media sosial. Kalau kira secara kasar, 84% dari 20 juta, sekitar 16 ke 17 juta orang aktif di media sosial.

Ayat Pn. Mastura yang buat saya tersedar sekejap “buat jer bisnes online, tak payah nak harapkan biasiswa, subsidi-subsidi ni semua.” Macam kena kat batang hidung sendiri, aku ni asyik nak mengharapkan gaji je setiap bulan, patut aku jadi usahawan online, cari pendapatan sampingan, takdelah mengharap gaji setiap hujung bulan sahaja.

Disebabkan oleh ceramah Pn. Mastura yang membuka minda dan memotivasikan jiwa-jiwa usahawan itu, maka saya pun tergerak nak tulis entri kali ini. Bagaikan pahat pula, sekali kena ketuk, sekali jalan. Kena banyak kali kena ketuk agaknya.

Okay, saya ambil peluang kat hujung entri ni, nak promo sikit sate kebab yang saya ada jual. Produk makanan segera yang disejuk beku untuk tahan lama dalam simpanan, dan mudah pula untuk disediakan. Kalau nak order, boleh whatsapp saya di 0176657605, penghantaran sekitar Bangi, Kajang dan Melaka, boleh diatur.

  • Created on .
  • Hits: 439