Baca Buku, Edit Video, Jalan-jalan.

21 Hari Cabaran Untuk Kurus

Habis baca buku Aku Dah Kurus! Kau Bila Lagi, rasa macam masih kurang lengkap dari segi pelan diet yang boleh kami ikuti. Carian di Google untuk pelan diet seminggu, ada, tapi macam kurang lengkap panduannya. Jadi kami buat keputusan untuk dapatkan buku 21 Hari Cabaran Untuk Kurus.


Resepi yang dicadangkan untuk seorang makan.

Ditulis oleh Aizat Razak, Fatin Ayuni, dan Khairul Azuan. Buku yang dicetak cantik lengkap berwarna-warni ini memuatkan pelan diet pemakanan untuk 21 hari. Lebih cantik lagi, menu-menu yang dicadangkan adalah mengikut selera orang Malaysia. Pelan pemakanannya juga merangkumi 6 kali makan dalam sehari. Sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam, dan supper (minum lewat malam).

Nampak macam banyak makan, sebenarnya apa yang dicadangkan ialah makan dalam saiz hidangan sedikit atau sederhana, tapi kerap. Juga dicadangkan menu-menu yang sihat serta lazat. Cuma mungkin kita yang dah biasa makan sedap-sedap akan berasa macam menu-menu yang dicadangkan itu kurang berasa. Ye lah, mereka sarankan untuk kurangkan gula, garam dan minyak.


Cantik kan? Berwarna-warni. :D

“Boleh ke ikut cadangan menu makanan yang begitu? Rasa agak tawar sedikit bila kurang garam atau gula atau minyak.”

Boleh! Soalnya bukan boleh atau tidak. Soalnya sanggup atau tidak. Jika kita sanggup, pastinya kita boleh. :)

Kami beli buku 21 Hari Cabaran Untuk Kurus ini di kedai buku MPH Alamanda Putrajaya. Komen dari isteri saya, katanya “sebelum ni saya rasa macam pedih jer perut sebab nak skip makan tengahhari, tapi kali ni perut rasa okay jer”.

Saya yang ikut amalkan cadangan menu dalam buku ini juga berasa begitu, tidak rasa bersalah kerap makan, kerana kami tahu menu yang kami makan itu kalorinya tidak berlebihan, serta kami juga tahu saiz hidangan yang berpatutan.

Jika anda nak beli buku ini secara online, anda bolehlah beli dari MPH online.

Selamat menjamu selera sambil badan sihat sejahtera. :)