Baca Buku, Edit Video, Jalan-jalan.

Ahad yang lepas adalah hari pertama kami memulakan cabaran mengikuti saranan diet dalam buku 21 hari cabaran untuk kurus. Inilah jurnal kami dalam merekodkan makanan yang kami ambil serta saiz hidangan. Kami tidaklah ikut 100% menu yang dicadangkan, kami adjust (ubah) sikit-sikit menu, berdasarkan barang masakan yang ada di dapur kami.

Add a comment

Saya terjumpa satu video di Youtube yang sangat menarik untuk saya kongsikan dengan anda semua. Ia bertajuk “How to Become a Millionaire in 3 Years, yang disampaikan oleh Daniel Ally pada acara TEDxBergenCommunityCollege”. Ia sebuah perkongsian yang bagus untuk kita renungi, bagamana untuk jadi orang yang berjaya. Sungguhpun tajuk video itu ialah “bagaimana untuk menjadi jutawan dalam 3 tahun?”, namun, prinsip yang disampaikan oleh Daniel Ally, boleh kita aplikasikan untuk menjadi orang yang berjaya dalam tempoh 3 tahun.

Add a comment

Permulaan baru

Dah lama sangat saya fikir dan teragak-agak untuk upgrade Joomla! yang saya pakai, dari 2.5 kepada 3.0. Satu sebabnya ialah peralihan dari 2.5 ke 3.0 ini sangat kompleks, akhirnya, saya install saja Joomla! 3.0 yang baru. Segala entri-entri yang saya dah tulis sebelum ini, saya dah backup dalam laptop saya. Melihat kembali kandungan website saya yang lama itu, ada sekitar 300 entri yang saya dah tulis, berkisar tentang macam topik yang saya fikir elok untuk dikongsikan.

Add a comment

Buku Nota Untuk Anakku

Buku ini ditulis oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Cetakan pertama buku ini ialah pada tahun 2012. Saya terjumpa buku ini semasa melayari senarai judul-judul buku di Bookcafe. Tapi hari ini saya cari di Bookcafe, buku ni dah takde, mungkin dah habis stok agaknya. Nak beli online, harga senaskhah RM 12.00, saya cuba cari di perpustakaan dahulu. Alhamdulillah, jumpa buku ini Perpustakaan Negara. Pinjam, tak perlu bayar, hehe, jimat sikit.

Add a comment

Selain dari Videohive.net, ada lagi satu laman web yang memberi panduan dan tips berkaitan dengan After Effects, iaitu RocketStock. Laman web yang saya pun baru perasan akan kewujudannya. Dan lebih baik lagi, memberikan banyak panduan dan tips untuk pengguna dan penuntut ilmu After Effects. Amat sesuai untuk kita yang masih newbie lagi dengan After Effects ni. :D Saya terjumpa laman web RocketStock ini secara tak sengaja apabila saya mencari maklumat berkaitan marker dalam After Effects.

Add a comment