Saya pernah terbaca dan melihat di Youtube berkenaan dengan eksperimen yang melibatkan ais kering (dry ice). Dimana, ais kering dimasukkan kedalam cecair (air), lalu asap putih akan terhasil, dan bunyi seperti air menggelegak akan kedengaran. Rasa ingin tahu, saya pun mencubanya. Saksikan video berikut.

Saya terjumpa satu video yang bagus, membicarakan tentang matlamat atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai goal. Di awal tahun, ramai yang bercakap tentang azam tahun baru, apa yang ingin dicapai dalam tahun baru ini. Azam, atau matlamat, atau gol yang ingin anda capai dalam tahun ini, jangan umumkan, jangan hebohkan kepada sesiapa pun. Kenapa?

Terperasan di Facebook ada perkongsian tentang ayat-ayat yang elok diucapkan apabila bercakap dengan anak-anak.

Apabila dilanda musibah gangguan bekalan air sekitar kawasan Bandar Baru Bangi, Kajang dan Semenyih, saya mula gelisah melihatkan timbunan pakaian kotor yang belum dibasuh. Ditambah pula dengan keadaan mesin basuh yang sedang rosak, itulah yang menyumbang kepada bertambah-tambahnya pakaian kotor yang menanti untuk dibasuh. Dobi-dobi sekitar kawasan pastinya mengalami gangguan bekalan air yang sama. Saya fikir, baik saya cuba cari dobi layan diri luar kawasan Bangi. Saya dapat idea untuk pergi ke Bukit Mahkota, di hujung kawasan Bukit Mahkota, yang dekat dengan sempadan Nilai.

Hari ini, saya nak mulakan semula mengawal pemakanan. Sasaran saya kali ini ialah turunkan berat ke sekitar 65kg.

Apabila kita berjaya menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi, pasti kita akan mula merasakan satu macam perasaan dalam hati. Rasa puas. Rasa senang dengan diri, dan mula rasa yakin dan percaya terhadap kemampuan diri. Suatu ketika dahulu, saya cuba untuk mencatatkan kemajuan saya dalam sesuatu tugasan dalam buku nota kecil. Yang menjadi cabarannya ialah, apabila tertinggal buku nota tersebut, atau lebih parah, kalau buku nota itu hilang, hilanglah sekali idea-idea dan catatan penting berkaitan dengan tugasan kita.

Kawan sekerja minta tolong tukarkan format psd kepada format ppt sebab komputer dia takde Photoshop.

Ahad yang lepas adalah hari pertama kami memulakan cabaran mengikuti saranan diet dalam buku 21 hari cabaran untuk kurus. Inilah jurnal kami dalam merekodkan makanan yang kami ambil serta saiz hidangan. Kami tidaklah ikut 100% menu yang dicadangkan, kami adjust (ubah) sikit-sikit menu, berdasarkan barang masakan yang ada di dapur kami.

Setakat yang perasan, ramai juga penceramah yang membentangkan slide Powerpoint dalam ceramah atau syarahan mereka. Boleh juga saya katakan, rata-rata penceramah sediakan slide Powerpoint yang tidak begitu menarik perhatian. Maksud saya, dari segi pemilihan font, pemilihan gambar, warna tulisan, susun atur gambar dan teks atas slide, tidak begitu menarik, untuk ditonton. Isi ceramahnya dah baik, kalau ditambah lagi dengan slide Powerpoint yang menarik, pasti bertambah-tambah lagi manfaat buat penonton.

Akhirnya, masa yang dinanti selama 9 tahun telah pun tiba. Apakah dia? Itulah dia masa berakhirnya bayaran ansuran bulanan kereta saya. Alhamdulillah.. Memang lain macam rasa kelegaannya. Apabila saya bercerita kepada kawan-kawan, ramai juga yang mengucapkan tahniah dan kata “wah, untunglah, ada duit lebih la lepas ni..” :D Ada juga kawan saya yang mula mengusik “kereta CRV yang baru ni cantik kan?” Haha. Pengalaman dan pembacaan telah mendewasakan, mematangkan fikiran. Saya takde rasa nak ambil kereta baru setakat ini. Masih cukup dengan MyVi sedia ada.

Salah satu segmen yang menarik untuk kita dengar di stesen radio BFM 89.9, ialah segemen Bila Larut Malam. Satu podcastnya yang bertajuk “Pengurusan Masa, Pendidikan Tinggi dan Pasaran Kerja” menarik perhatian saya. Mungkin perbincangan ini boleh membantu saya menguruskan masa saya, dan juga mula membayangkan kemungkinan pendidikan tinggi yang sesuai untuk anak saya pada 20 tahun akan datang. Bayangan yang hanya dapat bersandarkan pada jangkaan semasa.

Bagaimana dengan perjalanan anda untuk kurangkan berat badan? Apakah ada sedikit kemajuan? Ramai yang saya kira berazam untuk kurangkan berat badan di permulaan 2017 tempoh hari. Kini kita dah masuk ke Febuari, kita patut semak semula, apakah kita di landasan yang betul menuju destinasi berat badan ideal? Seterusnya mendapatkan tubuh badan yang sihat sejahtera, lagi cantik bergaya. :)

Terima kasih, jumpa lagi!

Boleh hubungi saya melalui whatsapp 017-6657605, untuk sebarang pertanyaan berkaitan edit video, buku-buku dan sebagainya.